Petang yang bahang. Aku mendongak langit, mencari hujan. Ah, langit masih cerah, sekalipun guruh melaung sesekali. Awan perak kemilau di lengkung langit, petanda harapan kian suram.
Aku masih tetap menanti hujan.
Datanglah hujan, siramilah tanah hati ini.
Datanglah hujan, hanyutkan danur yang bersalut pada diri ini.
Datanglah hujan, aku menantimu, agar rintik-rintik dinginmu mampu mengusap rasa hati ini.
Datanglah hujan…!
2 comments:
ada apa dengan hatimu ya adik?
Entahlah, kak. Agaknya gersang. Kerana itu memanggil-manggil hujan, seperti katak memanggil hujan :-)
Post a Comment