Tuesday, August 7, 2007

RAHSIA PENULISAN AZIZI HJ. ABDULLAH


Jalan Panjang Mencipta Nama

SAYA amat yakin untuk menjadi seorang penulis sama ada penulis kreatif dalam gerne novel, cerpen, atau non-kreatif memerlukan disiplin yang kuat. Maksud disiplin ialah kemahuan menulis dalam waktu yang tidak menentu tanpa disuruh atau didesak oleh pihak lain. Oleh sebab saya termasuk dalam golongan penulis yang tidak mempunyai disiplin secara khusus dalam semua perkara maka saya sehingga hari ini menjadi penulis yang sering "tangkap muat" dan ini menjadikan tulisan saya tidak kuat.

Hal ini seperti menjadi identiti saya pula, kerana sekiranya ada orang yang benar-benar mengikuti perkembangan awal saya menulis mereka pasti akan dapat menelah bahawa itulah karangan saya walaupun tidak dicatat nama penulis. Penelaah sastera yang saya dapat kesan ialah Dr. Othman Puteh yang dapat memastikan dalam ratusan karya yang dibaca, bahawa salah satu ialah tulisan saya. Mereka akan dapat mengenal pasti cara saya menamatkan cerita dalam keadaan gopoh, terburu-buru hendak sudah. Editor pula, tanpa melihat nama saya juga dapat mengenal pasti tulisan saya berdasarkan skrip yang kotor dan tidak bersih.

Kerana itu pada peringkat awal saya menulis Allahyarham Zakry Abadi, pengelola sastera Warta Mingguan dan Utusan Zaman yang mengulas perkembangan penulis utara dalam buku Cenderamata Penulis Kedah terbitan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Kedah pada 30 September 1996 menganggap saya penulis pengotor dan tidak berdisiplin dan malas menjaga kebersihan. Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Hj. Shahnon Ahmad sering menegur saya dalam ceramah bahawa saya penulis yang gopoh dan mahu cepat sudah. Misalnya dalam memperkatakan novel Seorang Tua di Kaki Gunung (Hadiah Kedua Sayembara Novel Yayasan GAPENA/Sabah II 1981; DBP tahun 1982) beliau berkata jika saya berhati-hati, tidak ada keinginan hendak cepat sudah, novel itu boleh menjadi novel yang lebih baik terutamanya dalam membuat perbandingan nilai kota dengan nilai tradisi.

"Hang ni kalut. Buatlah satu-satu," kata beliau dalam satu majlis lain apabila melihat saya menulis dalam semua genre.

Ketika menulis novel saya seperti berada di satu trek ribuan meter yang perlu saya berlari cepat untuk sampai. Maka kerana itu apabila menulis jarang saya berhenti kalau belum sampai tiga jam, terutamanya waktu malam. Selepas balik mengajar, hingga petang saya menghadap mesin taip jika saya mula menulis sesuatu. Saya jarang membuat draf atau merancang nama watak atau membuat gambaran awal tentang seting. Kalau ada pun saya membuat draf, draf itu tidak terpakai.

Pada peringkat permulaan menulis saya menggunakan mesin taip adik ipar abang saya yang tinggal di Permatang Tinggi Kepala Batas (kini Dato', Pesuruhjaya Kehakiman Pulau Pinang), kemudian meminjam pula mesin taip Remington kepunyaan sepupu saya, Muslim Osman, seorang bekas askar.

Bekerja sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang Kedah, saya mempunyai banyak masa. Saya tinggal di berek polis yang sudah buruk bersama dua orang kawan. Dengan hanya duduk bersila, saya mengetuk mesin taip sampai lewat malam. Oleh sebab berek itu tidak digunakan lagi, saya bebas masuk ke ruang mana pun untuk mengelak daripada bunyi mesin taip mengganggu kawan-kawan. Kerana berek itu berek lama, lampu elektrik tidak ada saya hanya menggunakan dua pelita minyak tanah.Yang seronoknya di depan berek saya tinggal, rumah Penghulu. Ada seorang gadis (cucu Penghulu) sering mengintai saya menaip.

Tidak ada proses dan perancangan plot. Yang bermula hingga akhir atau permulaannya begini, di tengahnya begini, di akhirnya begini. Begitu juga soal tema, perwatakan. Saya akan menaip apabila terasa hendak menaip dan kadang-kadang memaksa diri pula. Saya akan tulis apa-apa yang terfikir waktu itu. Adakah saya ini seperti Aldous Huxley, seperti yang ditulis oleh Shahnon Ahmad dalam Dewan Sastera Disember 1975?

Hahhh! Takkan saya perasaan sampai begitu. Siapalah saya.

Kerana najis kena angkut sendiri disebabkan tandas tidak berfungsi, saya pindah ke rumah sewa lain. Jiran saya Encik Wahid, "penulis surat" yang sangat kuat membaca. Dia tahu saya seorang penulis. Daripadanya kami berbual tentang novel. Dia membaca novel-novel Inggeris seperti Sherlock Holmes. Di sebelah lagi ada pula jiran yang mempunyai dua orang anak gadis. Dari celah-celah pokok kopi saya nampak melalui tingkap dapur mereka turun naik. Mandi di Sungai Selama pun kadang-kadang sama waktu.

Apabila malam saya mula menulis untuk menunjuk-nunjuk kepada dua orang gadis di sebelah rumah sewa saya. Ketika itu tidak ada meja, tidak ada kerusi. Saya cuma menulis di atas pelenggar iaitu duduk di atas anak tangga kedua dan mesin taip di atas bangku papan. Kiri kanan pelita minyak tanah.

Saya tidak menumpukan sepenuhnya kepada novel. Apabila jemu, saya beralih pula kepada cerpen atau rencana.

Saya sebenarnya tidak banyak membaca. Novel karya Dr. Hamka kebanyakannya dibeli oleh bapa dan kemudiannya saya ambil. Melalui pembacaan yang terhad itu, apabila saya menemukan bahasa dan kata-kata yang sedap, saya garis atau menandanya. Semua itu membantu saya dalam menulis novel atau cerpen. Dalam proses menulis novel Garis Lentang Anak Haram, majalah agama yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Singapura, yang dibeli oleh bapa saya menjadi rujukan penting. Di dalamnya termuat tulisan tentang agama Kristian di samping buku Agama Terbesar di Dunia.

Apabila berpeluang membeli sebuah mesin taip Oliveti, saya semakin bersemangat menulis. Bayangkan kalau dakwat ribbon taip habis, saya gunakan carbon copy. Saya jadikan menulis ini kerja wajib. Saya lekatkan di dinding rumah kata-kata "Apa yang aku tulis hari ini?" Ini adalah semata-mata untuk memperingati saya sendiri kalau-kalau saya terlalai.

Tidak seperti cerpen, proses menulis novel sangat membosankan kerana panjang dan tidak dapat dihabiskan dalam satu malam. Kalau cerpen saya pernah menulis tiga cerpen satu malam bermula dari jam sembilan hingga tiga pagi.

Proses menulis selalunya bermula daripada rasa tidak puas hati, meluat dan ingin mengkritik. Saya tidak suka memberi pandangan. Hasil daripada pembacaan, pendengaran atau pengelihatan yang menyentuh perasaan, ia akan bergelodak dan saya bawa ke mana-mana dan apabila malam saya akan menghadap mesin taip.

Ketika mula mengetuk mesin taiplah saya baru mula mencari keperihalan watak, mencari seting. Manakala plot, mesej, tema, dan teori saya tidak peduli malah saya tidak tahu langsung. Yang menggerakan saya menulis hanyalah rasa tidak puas hati, meradang, dan meluat.

Saya sediakan sebotol Livita dan minum selepas maghrib. Sejam kemudian saya terasa riang dan cergas. Kepala lapang-ringan, dan tidak pun terasa mengantuk. Rokok? Sememangnya rokok jadi teman. Pada peringkat ini saya masih jahil dengan penginapan di hotel, lagi pun wang tidak ada.

Apabila sudah berkahwin, isteri saya sudah pun memahami tabiat saya kerana sebelum kahwin dia tahu saya seorang penulis. Kepadanya saya berkata, "isteri aku yang pertama ialah mesin taip."

Kerana memahami itu agaknya isteri saya tidak pernah terganggu apabila saya sedang menaip, atau lewat tidur atau keluar rumah tanpa memberitahu sampai sehari dua. Malah sampai bertanya hendak minum apa pun tidak berani. Buku-buku yang berselerak di atas meja juga tidak berani disentuh. Dia akan membuat kopi apabila saya berkata, "Buat kopi O suam-suam!"

Tabiat tidak boleh diganggu ini sangat buruk rupanya. Satu ketika ketika saya sedang menulis, anak saya Anita yang berusia 5 tahun datang mengusap-usap manja di muka saya sambil memanggil pak, pak, pak. Saya melarangnya dua tiga kali dengan lembut tapi anak saya tidak peduli. Akhirnya saya naik bengang dan menempiknya dengan kuat.
Ya Allah! Anak saya terkencing kerana terkejut.

Apabila tengah malam saya merenung wajahnya. Saya menangis seorang diri. Ini satu perasaan yang aneh saya rasa. Kesan rasa kasihan itulah saya jadikan asas dalam penciptaan kreatif kalau yang bersifat kasih sayang.

Pernah pula suatu ketika saya sedang menaip tapi dalam waktu yang sama isteri saya meminta saya menghayun buaian kerana dia hendak ke kedai. Tengah sedap menaip, anak saya terjaga dan merengek. Oleh sebab rengekannya tidak berhenti, saya naik geram lalu saya menghayunkan buaian itu tinggi-tinggi dan menempik menyeruhnya diam.
Anak saya "terslop" (terhenti menangis tiba-tiba) kerana terkejut dan akhirnya diserang penyakit terkejut (sawan) menangis di tengah malam. Saya terpaksa mencari sirih penawar. Mujurlah lega.

Begitu saya berasa bahawa dunia penulisan cerpen/novel adalah dunia milik saya dan saya merasa bangga, seronok. Tapi sayang kerana saya tidak banyak ilmu, tidak kuat disiplin dan tidak pula dapat menguasai bahasa Inggeris, dan Arab, maka jadilah saya penulis yang tidak sampai ke tahap yang tinggi.

Sehingga sampai ke awal tahun 1970-an saya benar-benar menulis dengan proses yang tidak menentu walaupun sekali-sekala saya didedahkan pada kursus. Tujuan menulis masih tidak nyata kecuali saya ingin menjadi seperti Shahnon Ahmad, A. Samad Said, dan Abdullah Hussain.

Apabila lewat tahun 1970-an saya membuka mata dan kerana wang poket ada sedikit, mulalah saya jadikan hotel sebagai tempat menulis. Bukan apa, selain tidak ada siapa yang mengganggu, saya berasa perlu menaip sehingga selesai kerana kesuntukan masa dan ingin sekali mengambil balik wang yang saya bayar kepada hotel dan tentunya bayaran itu honorarium cerpen. Sebab-sebab yang lain ialah kerana saya bebas keluar berpeleseeran apabila jemu atau terasa lesu. Pengunjung hotel adalah satu-satunya bahan atau idea perwatakan ketika menulis. Kemudiannya buku-buku sastera mula saya beli di samping buku agama dan falsafah. Saya mula kenal siapa dia Motenggo Boesji dan Pramoedya. Mukhtar Lubis cuma satu bukunya saya beli itu pun tidak habis baca. Gaya bahasanya tidak langsung memikat.

Sebenarnya saya tidak berapa gemar menulis novel kerana lambat sudah. Di samping sukar mewujudkan plot yang panjang, saya sukar mengawal watak yang banyak. Tapi apabila bertemu sekali sekala dengan Dato' Shahnon Ahmad yang saya anggap sebagai guru saya, Shahnon selalu berkata; "Takkan nak tulis cerpen saja. Tulislah novel sama". Akhirnya saya dapat menghasilkan 27 buah novel hingga kini.

Dipetik daripada blog Azizi Haji Abdullah

Friday, August 3, 2007

cerpen: dilema




Judul Cerpen: Dilema

Dia mengacau secawan Nescafe hangat berasap yang dicampuri dua sudu kecil serbuk Coffemate berdebu putih mulus di dalam cawan besar. Kemudian kaki diatur ke meja studi. Dia menyemak helaian demi helaian sebuah buku berjudul ‘Ada Apa Dengan Buku’, mencari perhentian terakhir pembacaannya sebelum ini. Dia mengeluh. Buku di tangan ditutup perlahan. Dia mencapai cawan besar tersebut, lalu menghirup isinya yang masih panas berasap. Pahit.
Dia melepaskan keluhan berat. Hatinya rusuh. Sebetulnya, jiwanya membuncah hebat lantaran mencerna buah tutur yang luruh dari bibir sahabat baiknya, Zinnirah lewat petang tadi. Tangan dan kakinya tiba-tiba terasa sejuk dan peluh dingin mula merenik di dahi.
“Khaulah, kenapa ni? Tiba-tiba saja pucat?”
Dia hanya mendiamkan diri.
“Khaulah…?”
“Kenapa kau tolong dia, Ira?” Lirih suaranya.
“Dia yang minta sangat-sangat agar aku menolongnya, Khaulah. Pada mulanya aku tak mahu, tapi dia beria-ia dan bersungguh-sungguh, aku tak sampai hati. Lagipun dah lama dia suarakan keinginannya itu, Cuma aku yang tak beritahu kau kerana aku takut kau tak bersedia. Maafkan aku…” Zinnirah menekur meja Café bersisa air manis yang dihurungi beberapa ekor semut. Perasaan bersalah bertebaran ke langit rasa.
“Kau tahukan aku tak suka keadaan macam ni?”
“Maafkan aku, Khaulah. Aku faham perasaan kau, tapi…tapi Hakim lelaki yang sangat baik. Dia kaya thaqofah, punyai karisma sebagai pemimpin dan manis peribadinya. Dia memang memiliki ciri-ciri lelaki yang selayaknya untuk menjadi suami dari sisi agama sekalipun. Khaulah…?” Zinnirah separuh memujuk.
“Kau sebenarnya tak fahami aku, Ira. Kau tak mengerti perasaan yang bersarang dalam hatiku ini. Kau memang tak tahu!” Matanya mula digenangi air hangat. Dadanya sebu diasak sebak yang berombak. “Aku pulang dulu!” Dia bingkas meninggalkan Zinnirah yang terpinga-pinga.
Dia menghirup lagi Nescafe pahit yang mula bertukar suam. Hatinya masih dihurung sebak. Wajah Faris tiba-tiba mengisi ruang. Lelaki berkulit kuning langsat bermata pasak dan berwajah persih dek simbahan wuduk yang pernah mencuri hatinya…

************************************************************


Tuk! Tuk!
Ketukan bertalu-talu yang bertingkah dengan suara halus merdu memberi salam memaksanya bingkas ke pintu kamar sambil menggenyeh mata yang masih terpisat. Pintu kamar dibuka lalu tersembul wajah bujur Zinnirah sambil menyungging senyum. Zinnirah yang bertudung litup kian terserlah manisnya apabila mengenakan mini jubah berona hijau lembut.
“Tidur siang-siang hari, Khaulah? Kenapa, letih sangatkah?” Zinnirah menapak membuntutinya lalu duduk di atas tilam asrama yang agak keras.
Dia mengikat rambut yang sedikit kusut dengan getah berenda di tangan. “Letih, Ira. Tidur lewat sangat semalam. Siapkan assignment.” Matanya kuyu memandang Zinnirah yang masih mengulum senyum. Sisa mengantuk masih menghambat diri. Dia menguap.
“Pergilah basuh muka! Teruk sangat aku tengok.”
Dia menguap lagi. Bantal peluk bercorak abstrak dipeluk, lalu merebahkan dirinya ke tilam keras. Matanya dipejam, berkira-kira mahu menyambung tidur.
“Khaulah?! Cepatlah basuh muka. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni,” gesa Zinnirah. Dia memekakkan telinga dan pura-pura berdengkur. Zinnirah bingkas merebut bantal peluk dalam dakapan sahabatnya itu lalu digeletek pinggangnya dengan jemari yang runcing.
Dia terjerit kegelian. “Jahatlah kau! Suka betul ganggu aku tidur.” Dia merampas kembali bantal peluknya dari tangan Zinnirah. “Apa dia? Apa benda yang kau nak cakap dengan aku?”
Zinnirah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya. Sekeping sampul surat berona merah jambu dihulur.
“Apa ni?” Dia terpinga.
“Hakim. Dia minta aku serahkan kepada kau. Ada pesanan untuk kau dalam tu. Ambillah!” Zinnirah mengunjukkan sampul itu lebih hampir ke tangannya.
Air mukanya mula berubah. Dia diam tidak berkutik.
“Khaulah? Ambil ni. Baca dulu apa yang dia nak katakan tu.” Zinnirah meletakkan sampul itu ke dalam genggaman sahabatnya.
Ibarat disihir, dia patuh. Jemari yang lentik mengoyak perlahan tepi sampul bergam. Sehelai kertas persih mulus yang dilipat kemas dibuka berhati-hati, lalu dibaca untaian kata yang beberapa ayat cuma.


“Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,
Pertama sekali inginku memohon maaf seandainya kedatangan warkah ini bisa mengocak tenang tasik hatimu. Bukan niatku untuk menuba kejernihan air yang mungkin sudah sedia rusuh di dasarnya, tetapi sekadar mengharap agar kail yang kulemparkan ke perutmu bisa terbalas dek khazanahmu yang tak ternilai. Kiranya tiada rezeki buatku, aku pasrah menjunjung takdir. Namun, aku tetap mengharap agar kailku bisa tersangkut jua sekalipun oleh serpihan kayu buruk. Agar tetap terubat hatiku melihat hasil yang pasti daripada hanya memandang sepi kail yang tidak berusik.
Berilah jawapanmu barang sejuring buat aku yang setia menunggu.
-Hakim Al-Qudsi”

Dia melipat kembali surat itu dengan hati kecamuk. Surat berkalih tangan dan Zinnirah pula tekun membaca. Dia terus mendakap erat bantal peluk di tangan sambil mata mencerling Zinnirah yang sesekali mengerut dahi cuba memahami isi surat yang puitis.
“Rupa-rupanya Hakim juga seorang pujangga. Serba mahir dia ini ya, Khaulah?” Zinnirah cuba memancingnya yang masih menyepi sedari tadi.
Dia terus merebahkan badan ke bantal empuk bercorak bunga tulip ungu. Dia berkalih badan membelakangkan Zinnirah yang masih memuji-muji Hakim seakan mahu mempengaruhinya agar menerima kehadiran lelaki itu. Dia tetap membatukan diri.
“Dia bukan sebarangan orang, Khaulah. Lelaki baik. Kaki masjid, petah berpidato. Nah, kau sendiri pun selalu mendengar dia memberi kuliah di masjid, kan? Kaya ilmu orangnya tu. Rupa pun ada. Apa lagi kau nak?” Zinnirah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahunya persis mendodoikan anak kecil. “Ha, lagi satu, baru aku tahu dia juga seorang pujangga. Kau kan suka orang macam tu…”
“Khaulah, kau kena beri jawapan. Dia menagih jawapan daripada kau. Jangan buat dia lama menunggu.” Zinnirah memujuk. Digosoknya perlahan lengan sahabat yang dikasihi.
Dia tetap keras membatu.
“Khaulah, jangan menyeksa hatinya. Kalau nak, katakan ya! Kalau tak mahu, katakan tidak! Kau tak boleh membisu macam ni. Kau kena beri jawapan!” Zinnirah sedikit menekan suara, geram memandang sahabat yang tidak mengendahkan buah tuturnya.
Tiba-tiba dia terperasan bahu sahabatnya terhinggut-hinggut. Dia pantas menarik badan sahabatnya itu agar berpaling wajah menghadapnya.
“Khaulah, kenapa ni?” Zinnirah terkejut memandang mukanya yang merona merah dengan mata bengkak digenangi air. Berjujuhan mengaliri pipinya yang putih gebu. Rasa bersalah mula menghambat hati lantaran meninggi suara kepada sahabat yang tidak diketahuinya sedang bermandi duka.
“Khaulah, kenapa menangis ni? Adakah kata-kataku mengguris hati kau?” Zinnirah menggoncang badannya yang masih terhinggut-hinggut dihurung tangis. “Aku buat salahkah? Kalau aku bersalah, aku minta maaf banyak-banyak. Khaulah…?” Rasa sebak mula menghurung dada Zinnirah. Perlahan-lahan manik-manik mutiara halus mula berjuraian dari tubir matanya.
Dia menyentuh lembut bahu Zinnirah yang diasak bersalah. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. “Ira, kau tak bersalah. Tak ada pun salah kau padaku. Aku menangis bukan kerana termakan hati dengan kata-kata atau perlakuan kau. Tidak sama sekali. Jangan menangis, Ira,” pujuknya sambil cuba melakar senyum.
“Habis, kenapa kau tiba-tiba menangis? Kenapa kau menangis, Khaulah? Beritahu aku…”
“Sampai masanya nanti aku akan beritahu kau juga, tapi bukan sekarang. Bukan hari ni. Sekarang ni biarlah aku tenangkan diri aku dulu ya?”
Zinnirah tidak puas hati mendengar kenyataan sahabatnya itu, tetapi digagahinya juga untuk mengangguk. Bagaimanapun, hatinya tetap diserbu risau. Dia bingkas lalu mengucup dahi Khaulah yang sudah reda tangisnya.
“Ira,” panggilnya sebelum Zinnirah melangkah ke pintu. “Beritahu Hakim. Katakan padanya, aku tak dapat terima lamarannya. Maafkan aku.” Dia tersenyum pahit memandang Zinnirah yang berkerut-kerut dahi. Segera dia berpaling melarikan pandangan daripada tunak dicerlung Zinnirah yang sedikit terkejut mendengar permintaannya.
Zinnirah meninggalkan kamar sahabatnya dengan hati celaru.
Dia mengesat air mata yang masih bersisa di pelupuk mata yang sedikit bengkak. Mukanya terasa berkuap dek hangat air mata. Dia menarik nafas panjang. Dalam-dalam. Kemudian dilepas perlahan buat meredakan keserabutan yang bergumpal di dada. Tampang Faris mewajah di benaknya tiba-tiba. Dalam beberapa hari ini, wajah jernih itu sering menjelma, menambah kekusutan yang sedia berserabut.
Lelaki yang berasal dari Terengganu itu merupakan lelaki pertama yang berjaya mencuri sekeping hatinya. Dia mengenali lelaki itu ketika sama-sama menuntut di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dia mendapat tawaran belajar di sini- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebaik sahaja tamat SPM, dia telah melanjutkan pelajaran di KUSZA sementara menunggu tawaran daripada universiti-universiti lainnya. Faris. Dia juga lelaki yang baik. Mekar santun harum budi. Namun begitu, bukan mudah pula untuk dia menerima lamarannya. Baginya, lamaran bukan bermaksud main-main atau sekadar suka-suka bagi mengisi kekosongan hati yang tak berpenghuni. Puas dia berfikir, jenuh dia berkira-kira, sehinggalah jaminan Faris pada akhirnya mahu mengikat tali pertunangan sebaik sahaja cuti semester terdekat membulatkan hatinya agar menerima lamaran itu.
Dia memejam mata. Rapat. Mahu melupakan segalanya. Faris. Hakim. Zinnirah. Dia terlelap.

*********************************************************************

Cuti hujung minggu, Zinnirah mengajaknya agar makan tengah hari di rumahnya di Ampang. Dia tidak menolak memandangkan tiada sesiapa di rumahnya selain ibu, ayah dan Zinnirah sendiri. Zinnirah merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Jika tidak, segan juga dia.
“Macam mana asam pedas ikan tenggiri tadi? Sedap?” Soal Zinnirah ketika mereka duduk bersantai di bangku bawah pohon mempelam di belakang rumah. Suasana yang redup berangin terasa nyaman dan menyegarkan.
“Sedap tu sedap, tapi pedas sangatlah kau masak, Ira. Pijar lidah aku ni masih tak hilang.” Dia menunjukkan lidah yang seakan terbakar dirasakannya.
Zinnirah mengekeh ketawa. “Pedas macam tu pun kau tak tahan. Macam mana nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan nanti? Belajar-belajarlah makan pedas, Khaulah…” Usik Zinnirah.
Dia tersenyum kelat mendengar ocehan sahabatnya itu. Dia dapat mengagak, Zinnirah seolah sengaja mengaitkan dirinya dengan Hakim. Masakan dia tidak tahu, Hakim Al-Qudsi sememangnya orang Negeri Sembilan.
“Khaulah, maaflah kalau aku bertanya.” Zinnirah merenung lembut riak wajahnya yang mula bertukar mendung. Dia membalas renungan itu, kemudian menekur ke tanah, seakan telah dapat membaca soalan yang bakal luruh dari kantung suara sahabatnya itu. “Kenapa kau menolak lamaran orang sebaik Hakim? Kau sendiri pun tahu, bukan senang nak jumpa orang sebegitu. Satu dalam seribu dalam dunia ni, Khaulah!” Zinnirah merenungnya tajam, menagih jawapan.
Dia mematung. “Panaslah duduk di sini, Ira. Jom masuk!” Dia sengaja mencari alasan. Saat dia ingin bangkit, Zinnirah sempat menahan.
“Khaulah?!” Zinnirah memaut lengannya. Redup renung mata Zinnirah memaksanya duduk kembali.
“Kau tak percayakan akukah, Khaulah? Dah lama kita bersahabat. Sejak di UIA Petaling Jaya membawa hingga ke sini, kita di tahun akhir UIA Gombak. Apa lagi yang kau sembunyikan daripada aku? Sebelum ini, kau sering sahaja meluahkan segalanya padaku. Kalau kau terpaksa telan pahit hempedu, aku sudi telan bersama. Begitu juga jika diberi manisan madu. Tapi hari ini, kau nak telan pahit seorang diri? Kau lupakan aku, Khaulah?”
“Tidak, Ira! Bukan macam tu.” Dia menggenggam erat jemari Zinnirah sambil menahan sebak yang mula memenuhi rongga dada. Rasa terharu dengan kemurnian hati seorang sahabat. “Aku bukan sengaja menyembunyikan rasaku ini daripada pengetahuan kau, tapi…” Dia keputusan kata-kata diasak sebak yang tak terbendung. Dia diam sejenak sambil mengesat manik-manik jernih di tubir mata. “Aku tak mahu buat kau bimbang. Lagipun masalahku ini sebenarnya kecil metah, Ira. Tak wajar aku merunsingkan akal fikir kau dengan masalah yang sebesar zarah ni.” Tangisannya sedikit reda. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Jika benar sebesar zarah, masakan kau sampai menangis tiap kali aku menyebut tentang lamaran Hakim?” Zinnirah tidak percaya. “Adakah hati kau sebenarnya masih terpaut pada Faris? Benarkah Khaulah?”
Dia menggeleng. “Tidak, Ira. Sudah lama aku lupakan dia meski ia bukan perkara mudah. Cinta pertama dalam hidupku, Ira. Kata orang, itulah yang paling diingati dan dikenang-kenang. Tapi semua itu sekadar kenangan yang tak bererti buatku kini. Tak baik mengenang suami orang, Ira.” Dia terasa seakan menelan jadam yang terlekat di kerongkong.
Ya, Faris sudah bergelar suami orang. Dalam usia seawal 20-an dan masih belum tamat pengajian, dia telah dikurniai seorang cahaya mata. Di matanya, Faris tetap lelaki yang baik meski suri hidupnya kini bukanlah dia. Dia anak yang taat kerana sanggup mengenepikan perasaan sendiri dan berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya demi mengeratkan tali kekeluargaan kedua-dua belah pihak yang bersahabat baik.
“Habis, kenapa kau menolak lamaran Hakim?”
“Sebahagian diriku terasa seakan sudah mati, Ira.” Dia tidak menjawab soalan yang ditanya.
“Kenapa?”
“Aku sebenarnya tidak sanggup untuk memberi dan menerima cinta lagi. Kau sendiri tahu aku pernah bercinta kan?”
Zinnirah mengangguk tenang.
“Orang sebaik Hakim…Semurni nama dan sesuci jiwanya. Setulus cintanya tidaklah layak untuk insan sehina aku, Ira.”
“Kenapa kau cakap begitu? Adakah kau merendah diri?”
“Bukan. Aku insan hina kerana pernah membenarkan seorang lelaki yang bukan suamiku untuk menghirup madu cinta dari kelonsong hatiku. Takkanlah aku sanggup membiarkan suamiku menelan sisanya? Dia yang patut aku utamakan, tapi aku telah tersilap langkah, Ira.”
“Jadi, apa yang kau nak buat dengan sisa cinta itu?”
“Biarlah aku simpan sendiri.”
“Takkan selama-lamanya kau ingin terus begini?”
“Selagi aku mampu berterusan begini, beginilah aku, Ira.”
Zinnirah mengeluh berat. Rasa simpati datang bertimpa-timpa menghempap pundaknya. Dia memaut bahu sahabatnya itu.
“Khaulah, kau gadis paling baik pernah aku temui. Kau gadis berakhlak, tertib adabmu, mulia peribadi… Aku tahu kau menyesal kerana pernah mencintai lelaki lain, dan aku yakin hati kau terseksa dengan apa yang telah berlaku.” Zinnirah melentokkan kepalanya ke bahu Khaulah. “Tidakkah kau tahu, Allah paling suka orang yang berbuat dosa, lalu dia bertaubat?”
Zinnirah mengangkat kepalanya lalu merenung muka sahabat yang bergerimis. Dia menyeka air mata yang bertamu di pipi.
“Orang yang bertaubat itu sangat mulia di sisi Allah. Kau juga kena ingat, perempuan yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik, begitu juga lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik. Kau adalah gadis yang baik. Dan Hakim juga lelaki baik. Dia lelaki baik yang diutus Allah untuk terus membimbing kau sepanjang hayat ini, Insya-Allah. Takkan kau tak mahu hidup kau dibimbing oleh lelaki soleh?” Zinnirah cuba meyakinkan.
“Siapa kata aku tak mahu?”
“Habis?”
“Cuma aku takut seandainya hubungan ini juga tidak menjadi. Jika sungguh terjadi begitu, siapa lagi yang sanggup menghirup sisa cintaku?”
“Insya-Allah tidak akan terjadi begitu.” Zinnirah tersenyum.
“Kenapa kau seolah begitu yakin?”
“Lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan cuti semester. Dalam tempoh cuti selama seminggu itu, Hakim akan menghantar keluarganya untuk mengikat tali pertunangan dengan kau.”
Dia melongo tidak percaya. Matanya bulat membutang.
“Sekarang kita di tahun akhir pengajian. Lagi dua bulan kita akan graduate. Selepas tu, pandai-pandailah kamu berdua merancang!” Zinnirah ketawa mengekeh.
“Ira, kau biar betul! Bukankah kau dah beritahu Hakim yang aku menolak lamarannya? Ira?!” Dia seakan tidak percaya.
Zinnirah menyungging senyum. “Aku belum beritahu. Aku tak puas hati selagi belum tahu sebab sebenar kau menolak lamarannya. Lagipun, aku dapat rasakan kau juga ada hati terhadapnya.”
Dia tersenyum, kemudian matanya merenung sesuatu yang tidak pasti di kejauhan.
“Kenapa Khaulah?” Zinnirah ingin memecahkan bongkah persoalan yang menambak laut fikir sahabatnya.
“Kalau dia tahu aku pernah memberi cinta kepada orang lain sebelum dia, adakah dia masih menagih cintaku?” Dia memandang Zinnirah dengan pandangan sugul.
Zinnirah mengangguk.
“Kenapa kau sangat pasti, Ira?” Dia diterpa kehairanan.
“Kerana dia sudah tahu tentang latar belakang kau sebelum ini.”
Matanya terjegil.
“Siapa yang beritahu?”
Zinnirah tersenyum dan mengenyit mata sebelum membuka langkah seribu. Dia mengejar di belakang dengan hati berbunga riang.


TAMAT

Friday, June 22, 2007

SIJIL HALAL TERBARU YANG DILULUSKAN

1. A.CLOUET & CO. (KL) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


2. ACE CANNING CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


3. ALIF FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


4. AYAMAS FOOD CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


5. AYAMKUAT MAJU SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


6. B PLUS Q SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


7. Bestcan Food Technological Industry Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


8. CNI ENTERPRISE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


9. COCOALAND INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


10. DUBOIS-NATURAL ESTERS SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


11. DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


12. DXN INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


13. F&N DAIRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


14. FONTERRA BRANDS (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


15. FRONT OPTION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


16. GABAN SPICE MFG (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


17. GCB FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


18. GOLDEN HOPE FOOD & BEVERAGES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


19. HIGHIMPACT WORLDWIDE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


20. IMEXJAYA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


21. IN-COMIX FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


22. INDOFOOD (M) FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


23. Industri Hasil Lautan Toyo
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


24. INTERNATIONAL FLAVOURS & FRAGRANCES (SINGAPORE) PTE. LTD.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


25. IOI Edible Oils Sdn. Bhd.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


26. JETAINE CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/08/2005 - 31/08/2007]


27. KEE WEE HUP KEE TRADING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


28. KHEE SAN FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


29. KHH DOUBLE LION FRUIT JUICE MANUFACTURING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


30. KILANG MAKANAN MAMEE (Melaka) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


31. Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


32. KING'S CONFECTIONERY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


33. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


34. KUCHING FROZEN FOOD CO. SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


35. LE PETIT FOUR SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


36. LINACO MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


37. M&S FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


38. MY HAIZ SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


39. NATURAL SOAPS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


40. NESTLE ASEAN (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


41. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


42. Nestle Products Sdn. Bhd.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


43. NM Natural Medical Manufacturing (M) Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


44. PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD (Melaka)
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


45. PEPSICO (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


46. PERMANIS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


47. PERTAMA SPRINGROLLS MANUFACTURER (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


48. Prestasi Flour Mill (M) Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


49. REGION FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


50. RUZELLE MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


51. SBFM INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


52. SCIENCE TECHNICS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


53. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


54. Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


55. SPS INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


56. SUPER FOOD SPECIALISTS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


57. SYDNEY CAKE HOUSE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


58. THE CHICKEN RICE SHOP RESTAURANTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


59. TS UNIVERSAL TRADING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


60. Warisan Ibu
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


61. WONDER FOOD ENTERPRISE
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


62. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Jln Tandang)
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


63. YEO HIAP SENG (MALAYSIA) SDN BHD (SHAH ALAM)
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


64. ZAINAS AROMA THERAPHY
Tarikh Sah Sijil
[01/06/2007 - 31/05/2009]


65. FIGO FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[ - 31/05/2009]


66. DELICIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[15/06/2007 - 14/06/2009]


67. WETRA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


68. AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


69. AMERIC CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


70. BERJAYA ROASTERS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


71. BONANZA MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


72. CCM Chemicals Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


73. Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


74. HOME TOWN YONG TOW FOO
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


75. KIMGLOBAL (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


76. KL-KEPONG EDIBLE OILS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


77. Maestro Swiss Chocolate Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


78. MAGNIFICIENT DIAGRAPH SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


79. MP MINERAL WATER MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


80. NatStar (M) Sdn Bhd
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


81. Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd.
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


82. PHILLIPS SEAFOOD (EAST MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


83. PIAU KEE LIVE & FROZEN SEAFOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


84. REXON EDIBLE OIL (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


85. TAI SUN LIM KEE FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


86. Unilever Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tarikh Sah Sijil
[16/06/2007 - 15/06/2009]


Sumber; Laman web JAKIM

Pekerjaan Yang Itu-itu Juga





Aku dikhabari
Untuk menerima satu pekerjaan
Yang tidak lain
Tetap yang itu-itu juga
Hanya yang sama
Dari dulu hingga kini.

Bukan mahu mengeluh
Kerana terpampang olehku
Di sebalik pekerjaan yang itu-itu juga
Kemahiran dan pengalaman
Yang mungkin tak semua
Bisa kecapi.

Pekerjaan itu
Meski yang sama
Walau yang itu-itu juga
Dari dulu, kini dan mungkinkah selamanya?
Aku tetap rela
Pasrah
Dan…
Reda.

Nukilan hati,
Imtinan_86@yahoo.com
Kuala Nerang,
20 Jun 2007, 1.33 p.m.

Monday, June 11, 2007

Entahlah...




Entahlah…
Dalam dunia ini
Segala-galanya mungkin…
Hidup ini penuh citra
Berencam rona
Bermacam rasa
Ibarat putaran roda
Adakala megah di atas
Kadang tergilis di bawah…
Entahlah…

Dunia
Makin hari usianya makin tua
Kian hari tanahnya dimamah rekah
Bukitnya habis ditarah
Airnya kotor dicemar
Hasil laut mati dituba
Dunia semakin di ambang rebah
Entahlah…
Bila ajalnya kan tiba.


Dulu
Kita gerun pada haiwan liar
Yang menerkam mangsa
Untuk isi kantung perut
Yang lapar
Sekarang
Kita terjegil
Melihat kerakusan manusia
Semakin hari semakin kejam
Kian lupa daratan
Terus luput peri kemanusiaan
Entahlah…
Oh, masih adakah lagi kasih sayang?

Begini rupanya citra dunia
Di penghujung zaman
Tanda-tanda kemusnahan makin meraja
Segala pencabulan terus berkuasa
Sehingga ke akhir usia
Kala ditiupnya sangkakala
Masih tidak sedarkah, duhai manusia?
Entahlah…
Aku hanya menunggu masa…

10 Jun 2007, 6.28 p.m.,
Kuala Nerang.

Monday, June 4, 2007

Fiqh Al-Aulawiyyat

FIQH AL-AULAWIYYAT
Pendahuluan
Satu prinsip penting dan perlu diberi perhatian serius dalam melaksanakan tugas ijtihad semasa seperti mana yang dianjurkan oleh para ulama tajdid ialah “Fiqh al-Aulawiyyat.” Ia secara umum bererti prinsip keutamaan dalam menyatukan atau melaksanakan hukum.
Kata Yusuf al-Qardhawi, apa yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu pada kedudukannya secara adil. Kemudian menentukan keutamaan masing-masing berasaskan kepada pertimbangan syarak yang betul dengan berpandukan kepada bimbingan wahyu dan akal. Dengan demikian, yang tidak penting tidaklah diutamakan daripada yang penting, begitu juga yang penting tidak diutamakan daripada yang lebih penting. Tetapi sebaliknya, diutamakan apa yang patut diuatamakan dan dikemudiankan apa yang sepatutnya dikemudiankan, tidak diperbesarkan yang kecil, tidak meremehkan yang penting. Semua perkara diletakkan pada tempatnya berpandukan ukuran keadilan tanpa prejudis atau berat sebelah.
Dalam tugasan ini, kami memfokuskan perbincangan Fiqh Al-Aulawiyyat kepada konsepnya, kepentingan mengaplikasikan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam mengamalkan ajaran Syariah Islam dan garis panduan Syarak yang diperlukan dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam kehidupan.



Prinsip
“Fiqh Al-Aulawiyyat” atau “Prinsip Keutamaan” ini berasaskan kepada prinsip tertentu dalam Syariat Islam. Ia boleh dirumuskan dalam hakikat bahawa nilai hukum, amalan dan tugasan (taklif) mempunyai kategori-kategori yang berbeza-beza antara satu sama lain pada pandangan syarak. Ambil sahaja “perbuatan” sebagai contoh. Di dalamnya terdapat pelbagai kategori yang tidak sama antara satu sama lain. Di antara perkara-perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama, ada yang merupakan perkara asasi (asli), di samping ada pula yang menjadi perkara cabang (far’i), ada yang termasuk ke dalam perkara pokok (rukun), selain ada pula yang termasuk ke dalam perkara pelengkap, ada yang menjadi perkara primary, selain ada pula yang dianggap secondary, dan begitulah selanjutnya.
Dalam al-Quran, prinsip ini dapat dilihat seperti yang terdapat dalam firman Allah:
Maksudnya: “Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa iman itu ada lebih tujuh puluh cabang. Yang paling tinggi ialah mengucap dua kalimah syahadah dan yang paling rendah ialah menghapuskan bahaya daripada jalan raya.
Selain itu, dalam kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w., mereka merupakan orang-orang yang sangat mengambil berat untuk mengetahui perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang sangat diutamakan, supaya mereka dapat menjadikannya sebagai wasilah untuk melakukan taqarrub kepada Allah S.W.T. Oleh kerana itu, mereka kerap kali bertanya kepada Baginda S.A.W. mengenai perbuatan-perbuatan yang paling diutamakan dan disukai Allah Taala, seperti soalan yang telah diajukan oleh Abdullah Ibn Mas’ud, Abu Dzar al-Ghiffari r.a. dan selainnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan jawapan yang diberikan sendiri oleh Baginda s.a.w. ke atas pertanyaan-pertanyaan mereka.
Sebagai contoh, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat bersendirian.”
Baginda juga pernah bersabda:
“Berdiri di medan jihad (ribat) sehari semalam, lebih utama (ganjarannya) daripada puasa dan qiamullail (solat malam) sebulan lamanya.”
Dalil-dalil tersebut menjelaskan perbezaan tangga dan darjat satu amalan ke atas amalan yang lain. Sesiapa yang mengkaji ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai perkara ini, sama ada ianya merupakan jawapan kepada pertanyaan ataupun penjelasan mengenai hakikat sesuatu perkara, nescaya mendapati bahawa ayat-ayat tersebut-telah dengan jelas- meletakkan asas-asas dan ukuran tertentu mengenai perkara-perkara yang mesti diutamakan dan didahulukan daripada yang lainnya, sama ada perkara itu terdiri daripada perbuatan, percakapan, nilai-nilai ataupun semua kewajipan yang telah ditetapkan ke atas setiap Muslim.
Di samping kenyataan-kenyataan tentang amalan-amalan baik yang perlu diutamakan dalam melakukannya, terdapat juga kenyataan-kenyataan tentang amalan jahat yang perlu diutamakan dalam meninggalkannya. Malah terdapat juga kenyataan-kenyataan tentang siapa lebih baik dalam kalangan umat manusia, misalnya orang yang berilmu, orang yang berjihad dan sebagainya.
Bagaimanapun, ia bukanlah prinsip hukum yang substantif. Sebaliknya ia hanyalah prosedur amalan semata-mata. Dari segi teori, tidak ada asas untuk membatalkan hukum yang ditentukan tanpa mengambil kira Al-Aulawiyyat, atau keutamaan ini. Kecualilah jika ia bertentangan secara jelas dengan al-Quran, al-Sunnah, ijma’ atau qiyas, atau prinsip-prinsip lain yang dikira asas dalam teori perhukuman Islam. Cuma melaksanakan hukum seperti itu boleh disifatkan sebagai tidak bijak kerana bertentangan dengan prinsip keutamaan (Al-Aulawiyyat).
Selain daripada itu, “Aulawiyyat” atau “keutamaan” itu sendiri merupakan suatu konsep yang fleksibel. Ia berasaskan kepada banyak faktor yang berubah-ubah, baik dari segi fakta mahupun penilaian. Suatu nilai atau keperluan yang dilihat sebagai lebih utama (aula) pada suatu masa, ketika dan suasana, mungkin dilihat sebaliknya pada masa, ketika dan suasana yang berbeza. Begitu juga, sesuatu yang boleh dikira sebagai “utama” dan “aula” bagi seseorang, suatu kumpulan atau masyarakat, mungkin sebaliknya bagi seseorang, suatu kumpulan atau masyarakat yang lain.
Berasaskan kepada hakikat tersebut, keutamaan atau Aulawiyyat tidak boleh ditentukan semata-mata berdasarkan kepada satu dimensi sahaja. Ia perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, dan dengan mengambil kira berbagai-bagai pra-syarat. Kegagalan memenuhi syarat dan pra- syarat itu, sesuatu yang mungkin sebenarnya tidak perlu diutamakan (tidak aula) dilihat sebagai perlu diutamakan (aula) dan mungkin yang sebenarnya perlu diberi keutamaan dilihat sebagai tidak utama.



Konsep Fiqh Al-Aulawiyyat
Fiqh bermaksud kefahaman. Al-Aulawiyyat pula bererti keutamaan. Jadi, rangkai kata fiqh al-aulawiyyat bermaksud keutamaan dalam melakukan sesuatu, baik antara sesuatu itu sendiri dan sesuatu yang lain, atau antara perkara-perkara dalam sesuatu yang hendak dilakukan itu sendiri. Selain itu, ia juga boleh diertikan sebagai meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.
Secara prinsipnya, Fiqh al-Aulawiyyat mencadangkan keperluan mengutamakan yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai-nilai Islam. Kerana, meskipun semua perbuatan baik itu secara umumnya digalakkan, namun di antara satu kebaikan dengan satu kebaikan yang lain wujud perbezaan keutamaan dalam melakukannya, sama ada pada hakikatnya sendiri atau dalam hubungannya dengan situasi berkenaan. Begitulah juga semua keburukan itu secara umumnya ditegah melakukannya. Namun di antara satu keburukan dengan satu keburukan yang lain ada perbezaan keutamaan dalam menjauhkannya. Perkara yang paling penting mesti didahulukan dan diutamakan, kemudian yang penting, kurang penting dan selanjutnya, mengikut pandangan syariat Islam yang bersumber daripada Wahyu Ilahi dan berfungsi sebagai petunjuk kepada akal fikiran manusia. Wahyu tersebut merupakan cahaya yang menerangi jalan akal fikiran manusia
Dengan demikian, maka perkara yang kurang penting tidak boleh didahulukan ke atas perkara yang penting, dan perkara yang penting tidak boleh diutamakan ke atas perkara yang sangat penting. Perkara yang paling utama dan sangat penting mesti diletakkan di urutan tangga teratas dan harus didahulukan daripada perkara yang berada di urutan selanjutnya. Begitu juga perkara yang semestinya diutamakan wajib didahulukan dan perkara yang mesti diakhirkan wajib diletakkan di tempat yang terakhir. Perkara kecil tidak boleh diperbesar-besarkan, dan perkara yang penting tidak boleh dipandang remeh. Dengan kata lain, segala sesuatu itu mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil dan sesuai mengikut pandangan Syariat Islam, tanpa adanya mana-mana bahagian yang dirugikan ataupun diabaikan.
Bagaimana pun, pengutamaan tidak boleh dibuat dengan begitu sahaja. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam tentang asas dan kaedah perbandingan. Dalam pengajian hukum Islam, kefahaman ini disebut sebagai Fiqh al-Muwazanat. Ia bermaksud kefahaman dan kemahiran membanding dan membezakan antara perkara-perkara.





Kepentingan Pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat Dalam Mengamalkan Ajaran Syariah Islam
Fiqh Al-Aulawiyyat sangat perlu untuk diaplikasikan dalam mengamalkan ajaran Syariah Islam. Ia diperlukan kerana bencana yang menimpa kebanyakan jemaah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya Fiqh Al-Aulawiyyat dalam membuat sesuatu perkara. Kebanyakan daripada mereka menumpukan kepada persoalan cabang berbanding persoalan asas, persoalan juz’iyyah berbanding kulliyyah dan persoalan yang diperselisihkan oleh ulama, berbanding yang telah diittifaq oleh mereka.
Melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, kita dapat mengetahui mana satukah persoalan yang patut ditumpukan terlebih dahulu baik dari sudut usaha mahu pun dari sudut waktu, berbanding amalan-amalan lain.
Kita juga dapat mengetahui mana satukah musuh yang perlu dihadapi terlebih dahulu dan menumpukan serangan terhadap mereka, serta mana satukah peperangan yang perlu dimulakan terlebih dahulu. Manusia pada pandangan Islam ada beberapa jenis, iaitu orang-orang Islam, kafir dan juga munafik. Orang-orang Islam ada yang jahil dan ada juga yang khianat. Orang-orang kafir ada yang berdamai dengan Islam, dan ada juga yang memerangi Islam. Ada yang hanya kafir sahaja dan tidak melakukan apa-apa angkara terhadap Islam, dan ada di antara mereka yang kafir dan menghalang manusia dari jalan Allah. Orang-orang munafik pula, ada yang nifaknya kecil dan ada yang besar. Terhadap siapa kita patut mula bersemuka? Aspek manakah yang lebih utama diamalkan? Perkara apakah yang patut diraikan terlebih dahulu? Semua ini memerlukan kepada pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat untuk mengutamakan sesuatu prioriti.
Selain itu, melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, kita dapat mengetahui kewajipan semasa, kemudian kita mendahulukan kewajipan itu dan memberikan haknya berbanding kewajipan-kewajipan yang lain. Kita sesekali tidak boleh melewatkan perlaksanaannya, kerana dengan berbuat demikian, kita telah melepaskan kesempatan yang tidak dapat diganti kecuali setelah melibatkan zaman yang begitu lama dan kadang-kadang langsung tidak berganti.

Garis Panduan Syarak Yang Diperlukan Dalam Mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam Kehidupan
Untuk mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam kehidupan, terdapat beberapa garis panduan Syarak yang perlu diikuti. Sebelum itu, perlu dijelaskan di sini bahawa Fiqh Al-Aulawiyyat mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa jenis fiqh yang lain, iaitu:
i. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat (Fiqh Pertimbangan).
ii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Maqasid (Maksud Syariat Ilmu Fiqh).
iii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Nusus (Fiqh Nas al-Quran dan as-Sunnah).
Jadi, dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat, perlulah ianya dihubung dan dikatkan dengan jenis-jenis fiqh ini.

Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat (Fiqh Pertimbangan)
Fiqh al-Aulawiyyat berhubungan langsung dengan Fiqh al-Muwazanat. Mengikut Yusuf Al-Qaradhawi, ada tiga asas pokok di mana perbandingan perlu dibuat sebelum dibuat keputusan tentang keutamaan mengikut prinsip Fiqh al-Aulawiyyat. Asas-asas tersebut ialah:
1. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan), atau pun perbandingan semua kebaikan yang diperintahkan antara satu dengan yang lainnya. Ini bertujuan untuk menentukan mana yang terbaik antara yang baik-baik bagi diutamakan dalam melaksanakan atau melakukannya.
2. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Mafasid (kemafsadatan atau kebinasaan) atau al-Madar (kemudaratan), atau pun perbandingan semua kemudaratan yang dilarang antara satu dengan yang lainnya. Tujuannya ialah untuk menentukan mana yang terburuk antara yang buruk. Semuanya bagi diutamakan dalam menegah atau menjauhinya.
3. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (kemafsadatan), atau pun perbandingan antara semua kebaikan yang diperintahkan dan kemudaratan (kejahatan) yang dilarang, apabila terjadi pertembungan di antara kedua-duanya. Ini bertujuan untuk menentukan keutamaan melakukan yang baik atau menjauhkan yang buruk apabila kedua-dua nilai baik dan buruk itu ada dalam satu perbuatan atau keadaan yang sama.


Melakukan Pertimbangan Di Antara Pelbagai Al-Masalih (Kemaslahatan)
Para ulama Usul menjelaskan bahawa Al-Masalih (Kemaslahatan) terdiri daripada tiga peringkat, iaitu:
1. Al-Daruriyyat (Perkara yang darurat)
2. Al-Hajiyyat (Perkara yang diperlukan)
3. Al-Tahsiniyyat (Perkara yang menjadi pelengkap)
Al-Daruriyyat adalah perkara yang mutlak diperlukan untuk kehidupan manusia. Al-Hajiyyat pula ialah perkara yang apabila ianya tiada, maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah, sementara Al-Tahsiniyyat merupakan perkara pelengkap yang menjadi hiasan tambahan di dalam kehidupan dan dengan keberadaannya, maka kehidupan manusia akan menjadi lebih sempurna.
Dengan itu, Fiqh Al-Muwazanat dan seterusnya Fiqh Al-Aulawiyyat menuntut kita untuk:
 Mendahulukan perkara-perkara yang termasuk ke dalam Al-Daruriyyat (darurat) ke atas perkara-perkara yang termasuk ke dalam Al-Hajiyyat (keperluan), juga ke atas perkara yang termasuk ke dalam Al-Tahsiniyyat (pelengkap). Kita juga dituntut untuk mengutamakan perkara Al-Hajiyyat ke atas perkara Al-Tahsiniyyat atau pun yang bersifat sebagai pelengkap dan penyempurna sahaja.
Para ulama Usul menjelaskan bahawa perkara Al-Daruriyyat terbahagi kepada lima bahagian, iaitu: memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda. Sebahagian ulama menambah peringkat keenam, iaitu: memelihara nama baik.
Memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara darurat yang paling utama dan penting. Ianya mestilah didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang lain, hatta jiwa sekali pun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa mesti diutamakan dan didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang selebihnya.
Kemudian, di dalam melakukan pertimbangan dan perbandingan di antara pelbagai Al-Masalih (kemaslahatan), maka ketentuan berikut perlu diikuti:
1. Mengutamakan kemaslahatan yang telah diyakinkan terjadinya ke atas kemaslahatan yang belum dapat diyakinkan berlakunya.
2. Mengutamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang kecil.
3. Mengutamakan kemaslahatan jamaah (orang ramai) ke atas kemaslahatan seseorang individu.
4. Mengutamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit.
5. Mengutamakan kemaslahatan yang kekal dan abadi ke atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad.
6. Mengutamakan kemaslahatan yang asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran.
7. Mengutamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.

Sebagai contoh, semasa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. lebih mengambil berat dan mengutamakan kepentingan asasi dan isi serta yang terpenting untuk masa hadapan daripada kemaslahatan sementara yang nampak pada pandangan kebanyakan sahabat ketika itu. Dalam perjanjian tersebut, Rasulullah S.A.W. telah menerima beberapa syarat daripada pihak Kafir yang jika sekilas pandang seolah-olah merugikan dan merendahkan pihak kaum Muslimin. Di antaranya, Rasulullah S.A.W. menerima untuk memadamkan bacaan Bismillah daripada naskhah perjanjian dan diganti dengan kalimah Bismika Allahumma, dan nama Muhammad, Rasulullah diganti dengan Muhammad Ibn Abdullah. Hasilnya, setelah termeterainya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dapat bergerak dengan bebas dan masuk ke dalam daerah-daerah musuh untuk menyebarkan risalah Islam, sama ada di kalangan rakyat awam atau pun keluarga para raja dan pembesar negeri.

Pertimbangan Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar (Kemudaratan) Antara Satu Sama Lain
Kemafsadatan (kerosakan) dan kemudaratan tidak semuanya berada dalam peringkat dan darjat yang sama, tetapi ianya berbeza-beza dan berperingkat-peringkat. Kemafsadatan yang menghalangi perkara Al-Daruriyyat (darurat) tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Hajiyyat (keperluan) dan juga tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Tahsiniyyat (pelengkap dan penyempurna).
Kemafsadatan (kerosakan) yang menimpa harta benda lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa jiwa, dan kerosakan yang menimpa jiwa lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa agama dan aqidah.
Kesimpulannya, Al-Mafasid (kerosakan) dan Al-Madar (kemudaratan) itu berbeza-beza dan berperingkat-peringkat, tidak berada pada darjat yang sama. Oleh kerana itu, para ulama Usul Fiqh telah mengambil beberapa kaedah hukum. Antaranya ialah:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan / kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan / kerugian kepada orang lain.”

الضرر يزال بقدر الامكان
Maksudnya: “Kemudaratan (kerosakan / kerugian) mesti dihalangi terjadi, sekadar kemampuan.”

الضرر لا يزال بضرر مثله أو أكبر منه
Maksudnya: “Kemudaratan itu tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan (kerosakan) yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.”

يرتكب أخف الضررين وأهون الشرين
Maksudnya: “Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan (kerosakan / kerugian) yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.”

يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى
Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.”

يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa seseorang peribadi.”


Pertimbangan Antara Al-Masalih (Kemaslahatan) Dan Al-Mafasid (Kerosakan) Apabila Terjadi Pertembungan Antara Keduanya
Apabila terjadi pertembungan antara kemaslahatan dan kerosakan atau kemanfaatan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka perlulah melakukan pertimbangan di antara kedua-duanya. Keputusan yang diambil adalah mengikut kadar yang lebih banyak dan majoriti kerana kadar majoriti boleh menentukan hukum bagi keseluruhan bahagian.
Apabila kadar kerosakan lebih tinggi dan lebih banyak daripada kadar kemanfaatan dan kebaikan di dalam sesuatu perkara, maka perkara tersebut dilarang dan ditegah daripada melakukannya. Ada pun manfaat dan kebaikan sedikit yang ada di dalamnya tidak diambil kira dan mesti diabaikan. Prinsip inilah yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran ketika memberikan jawapan mengenai masalah minuman keras dan kegiatan perjudian. Firmannya:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…"
Begitu jugalah sebaliknya, apabila kadar kemanfaatan dan kebaikan lebih besar dan lebih banyak daripada kadar kerosakan dan kemudaratan di dalam sesuatu masalah, maka masalah tersebut diharuskan dan dibolehkan mengikut pandangan Syariat Islam. Ada pun faktor kerosakan dan kemudaratan yang sangat sedikit tadi dikira tidak ada dan mesti diabaikan. Dalam kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah dan panduan. Antaranya ialah:
درأ المفسدة مقدم على جلب المصالح


Maksudnya: “Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan (kebaikan).”

المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلحة الكبيرة
Maksudnya: “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar.”

تغتفر المفسدة العارضة من أجل المصلحة الدائمة
Maksudnya: “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.”

لا تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة
Maksudnya: “Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana Al-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.”


Sesungguhnya fiqh pertimbangan dan perbandingan (Fiqh Al-Muwazanat) seperti ini adalah sangat berguna dan bermanfaat bagi realiti kehidupan masyarakat kaum Muslimin pada zaman moden, khususnya perkara-perkara yang bersangkutan dengan Al-Siasah Al-Syar’iyyah (mengatur kehidupan dunia mengikut lunas-lunas Syariat Islam) kerana ianya merupakan dasar dan asas bagi kehidupan sosio-politik kaum Muslimin, begitu juga mereka sangat berhajat untuk memahami fiqh keutamaan (Fiqh Al-Aulawiyyat).

Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Maqasid (Memahami Objektif Syarak)
Fiqh Al-Aulawiyyat juga mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid (memahami objektif Syarak). Para jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum-hakam Syarak itu mempunyai illat (sebab dan alasan), dan di sebalik semua illat tersebut mengandungi maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai. Perkara-perkara yang termasuk ke dalam ibadah Al-Mahdah (semata-mata ibadah) juga mempunyai tujuan dan maksud tersendiri. Kerana itu, Al-Quran menerangkan tentang tujuan dan maksud ibadah solat misalnya, iaitu untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sementara kewajipan zakat untuk mensucikan hati dan membersihkan harta, dan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah supaya menjadi orang-orang yang bertakwa. Fardu haji pula supaya mereka menyaksikan kemanfaatan baginya dan supaya mereka sentiasa menyebut nama Allah.
Kefahaman yang baik mengenai ajaran Allah ialah apabila kita dapat mengenali dan memahami maksud dan tujuan Ilahi dalam menentukan perintah-perintah-Nya. Dengan demikian, kita berupaya untuk mengamalkan dan mencapai tujuan tersebut sehingga kita tidak bersikap keras terhadap diri sendiri atau pun kepada orang lain mengenai perkara-perkara yang tidak menjadi tujuan dan maksud Syariat itu sendiri.
Perkara yang sangat penting dalam masalah ini ialah bagaimana kita membezakan antara tujuan yang tetap dan wasilah (jalan) yang berubah-ubah. Dari sudut yang pertama, kita mesti bersikap keras dan teguh laksana teguhnya besi dan pada sudut yang kedua, kita mestilah bersikap lembut selembut sutera.


Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Nusus (Fiqh Nas Al-Quran dan As-Sunnah)
Fiqh Al-Aulawiyyat turut mempunyai hubungan yang erat dengan Fiqh Al-Nusus (Nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah) yang menjelaskan mengenai hukum-hakam yang juz’i (cabang) yang telah memiliki hubungan langsung dengan Al-Maqasid Al-Kulliyyah (tujuan-tujuan umum) dan Al-Qawaid Al-‘Ammah (kaedah-kaedah hukum umum). Dengan cara ini, maka hukum-hukum furu’ (cabang) akan ditinjau kembali melalui kaedah-kaedah umum dan hukum asalnya. Satu perkara yang sangat penting di sini ialah: bagaimana kita membezakan antara dalil-dalil qat’i (pasti) dan zanni (belum pasti) daripada nas-nas Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., antara Al-Muhkam (jelas petunjuknya) dan Al-Mutasyabih (belum jelas petunjuknya). Kerana itu, dalil-dalil zanni mestilah difahami mengikut kaedah dalil-dalil qat’i, dan Al-Mutasyabih mestilah difahami mengikut kaedah Al-Muhkam.
Kefahaman ilmu fiqh seperti ini adalah sangat mustahak, terutamanya kepada mereka yang hendak memahami Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ramai orang yang salah dalam memahami maksud-maksud Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana mereka banyak membincangkan perkara perkara-perkara yang lebih mendalam dan terperinci jika dibandingkan dengan Al-Quran. Selain itu, di dalam As-Sunnah terdapat hujah-hujah yang merupakan sumber dan asal hukum dan ada juga yang tidak menjadi sumber hukum Syarak seperti hadis yang menjelaskan tentang kisah mengahwinkan pokok kurma dan yang seumpamanya; di samping ada juga hujah-hujah yang menjadi sumber hukum abadi dan ada juga yang menjadi ketentuan hukum sementara; ada yang menjadi sumber hukum untuk semua orang dan ada pula yang menjadi ketentuan hukum untuk orang tertentu sahaja.

Kepentingan Fiqh Al-Waqi’
Fiqh Al-Waqi’ bermaksud kefahaman yang mendalam tentang realiti hidup. Ia boleh terbina melalui pembacaan, penelitian dan penyelidikan yang ilmiah tentang realiti hidup semasa dalam pelbagai aspek yang berkaitan.
Dalam melakukan perbandingan dan menentukan keutamaan berasaskan prinsip Fiqh Al-Muwazanat dan Fiqh Al-Aulawiyyat, kefahaman tentang realiti hidup semasa atau Fiqh Al-Waqi’ ini tidak boleh diabaikan. Kerana meskipun semua hukum dan nilai Islam itu pada asasnya terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, namun banyak prinsip yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri menganjurkan supaya dirujuk kepada realiti hidup semasa. Malah, dalam beberapa hal, kefahaman terhadap nas dan objektif syarak juga mungkin bergantung atau berkait rapat dengan kefahaman terhadap realiti hidup semasa.
Ini bererti kemahiran memahami nas (Fiqh Al-Nusus) dan kemahiran memahami objektif Syarak (Fiqh Al-Maqasid) semata-mata belum tentu menjadikan seseorang itu mampu membuat perbandingan antara berbagai-bagai keadaan dan nilai (Al-Muwazanat) bagi membantu usaha menentukan keutamaan (Al-Aulawiyyat). Apa lagi jika yang difahami itu hanyalah semata-mata pandangan para ulama terdahulu yang tentu sekali, walaupun berdasarkan pada asasnya kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi banyak dipengaruhi oleh realiti semasa pada waktu pandangan itu diberikan.
Bagi memenuhi keperluan Fiqh Al-Aulawiyyat ini, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dalam setiap lapangan hidup. Seorang fakih bukan sahaja perlu mampu memahami teks-teks fiqh lama, tetapi juga perlu mampu menyelidik kenyataan dan realiti hidup semasa.
Adalah penting untuk ditegaskan bahawa keperluan kepada Fiqh Al-Aulawiyyat di kalangan umat Islam pada hari ini tidak boleh dilihat secara mudah. Tidak seharusnya penekanan kepada keperluan seperti ini menyebabkan ada orang bertindak menentukan keutamaan dalam kehidupan peribadi atau masyarakat dengan hanya berdasarkan realiti hidup semata-mata. Meskipun realiti hidup itu penting diberi pertimbangan dalam menentukan keutamaan, namun nas dan objektif Syarak perlu menjadi asas yang paling utama.
Begitulah juga sebaliknya. Tidak seharusnya di dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat, kita hanya sekadar kembali kepada pelbagai pendapat ulama terdahulu bagi tujuan mengutamakan salah satu daripadanya. Meskipun pandangan para fuqaha’ terdahulu itu sangat tinggi mutunya, namun kenyataan hidup ini sendiri telah berubah dan telah mengalami pelbagai anjakan.
Apa yang sepatutnya dilakukan ialah kembali kepada nas dan objektif Syarak. Penganalisisan perlu dibuat berasaskan keilmuan semasa, dan pengutamaan perlu berasaskan realiti hidup semasa. Segala pandangan para fuqaha’ terdahulu bolehlah dijadikan panduan yang berguna di dalam memahami nas dan objektif Syarak, juga realiti hidup hari ini.

Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah Fiqh Al-Aulawiyyat merupakan satu ilmu yang sangat berguna dan penting, kerana ianya membahas kepincangan dan penilaian yang bercampur aduk dari sudut pandangan Syariat Islam untuk menentukan sesuatu perkara, pemikiran dan perbuatan. Di antara perkara-perkara tersebut, ada yang mesti diutamakan dan didahulukan dan ada pula perkara yang seharusnya diletakkan kemudian dan di tempat yang terakhir. Apatah lagi pada zaman moden ini sudah terjadi kepincangan penilaian dan pertimbangan di kalangan kaum Muslimin mengenai keutamaan dan prioriti tugas-tugas harian mereka. Maka, ilmu Fiqh Al-Aulawiyyat ini memberikan penjelasan mengenai sebilangan besar keutamaan yang telah digariskan oleh Syariat Islam dan dijelaskan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang nyata, supaya dengannya, dapat membantu kita meluruskan kefahaman dan membuat prioriti terhadap segala perkara yang berkaitan dengan aspek kehidupan kita.

Saturday, June 2, 2007

Garis Panduan Bedah Siasat Mayat Menurut Perspektif Islam

DAFTAR ISTILAH

a . Dharuriyyat - Suatu keadaan yang mana tiada cara atau jalan lain untuk menyelesaikan perkara tersebut melainkan terpaksa melakukan perkara tersebut .

b . Hajiyat - Keperluan bagi tujuan memudahkan
hal-hal daruryyt.

c . Rukhsah- (Kemudahan) - Rukhsah bermaksud
hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah S . W. T. berdasarkan kepada keuzuran seseorang hamba kerana menjaga hajat mereka serta berkekalan sebab yang mewajibkan hukum asal.

d. Etika - Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan .

e . Interpretasi - Tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi )

f . Subklavikular - bawah tulang selangka



GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada pengendali bedah siasat, pengamal undang-undang, polis dan mereka yang berkenaan dalam pengendalian bedah siasat mayat.

2. PENGENALAN
Sejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau post mortem ke atas mayat, atau dengan lain perkataan ilmu perubatan forensik mula diperkenalkan dari Negara Arab, kemudian berkembang ke Greek dan negara-negara barat seterusnya ke seluruh dunia. Perkembangan kemajuan sains perubatan dalam ilmu pembedahan adalah berasaskan kepada keilmuan yang dibawa oleh Ibnu Sina. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sains perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu bedah siasat mayat dengan cara lebih saintifik bagi mencari keadilan yang dikehendaki.

Pada abad ke 21 ini, bedah siasat mayat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan bukan asing di kalangan umat Islam. Ini kerana ia adalah tindakan yang perlu diambil dan dilakukan untuk kepentingan masyarakat seperti untuk menyelesaikan kes-kes jenayah atau bukan kes jenayah serta kajian dalam bidang perubatan. Walau bagaimana pun dalam urusan bedah siasat mayat, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak timbul percanggahan antara tuntutan syarak dengan amalan yang dilakukan dalam bidang perubatan.










3. KEPUTUSAN F ATWA
3.1 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah memutuskan;
“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.”

3.2 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haramtetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan . ”

4. AMALAN BEDAH SIASAT MA YAT
4.1 Definisi Bedah Siasat Mayat
Bedah siasat atau dalam istilah bahasa Inggeris disebut post-mortem bermaksud suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ke atas mayat. Ianya melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman untuk mengenalpasti punca kematian dan ciri atau setakat mana perubahan dihasilkan oleh sesuatu penyakit, kimia, radiasi, kemalangan, kecederaan dan lain-lain.


4.2 Objektif Bedah Siasat Mayat
Pembedahan yang dilakukan ke atas mayat mempunyai objektif-objektif tertentu di antaranya:

i. Untuk mengesahkan identiti si mati.
ii. Untuk mengenalpasti sebab kematian.
iii. Untuk mengetahui punca, cara dan masa kematian.
iv. Untuk menghilangkan keraguan mengenai sebab kematian.
v. Untuk menunjukkan penyakit dan kecacatan.
v i . Untuk mengesan, menggambar dan mendokumenkan penyakit dan kecederaan luar serta dalam.
viii. Mendapatkan sampel untuk dikaji seperti kajian kuman, tisu abnormal dan lain-lain.
viii. Untuk mengambil gambar dan rakaman video bagi tujuan bukti/barang kes.
ix. Untuk menyediakan laporan bertulis yang lengkap tentang penemuan dalam pemeriksaan mayat.
x. Untuk memberi perkhidmatan pakar tentang interpretasi penemuan semasa pemeriksaan mayat.
xi. Untuk memulih semula keadaan mayat yang cedera teruk sebaik mungkin sebelum diserahkan kepada waris.
xii. Untuk pengajian akademik, menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan.
Xiii .Untuk meningkatkan kepakaran.
xiv. Untuk membuat kajian rawatan sesuatu penyakit.
xv. Untuk keperluan undang-undang.



4.3 Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat clinical
Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

ii. Bedah siasat medicolegal
Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis
seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris

. 4.4 Keperluan Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat mayat dilakukan kerana ia keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.

ii. Bedah siasat mayat dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan setelah mayat dikebumikan.

iii. Hasil bedah siasat mayat dapat digunakan bagi menyelamatkan dan melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berbahaya pada masa akan datang

iv. Bedah siasat mayat dapat menambah ilmu dan ke-pakaran dalam m bidang perubatan.

v. Kajian daripada hasil bedah siasat mayat dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian hidup masyarakat.



4.5 Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak (dharuriyyat dan hajiyat) iaitu:

i. Kes kematian medicolegal
a. Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes- kes biasa, akibat perlakuan ganas seperti bunuh.
b. Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.
c. Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan.
d. Kematian di tempat kerja; kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja.
e. Kematian akibat keracunan. (e.g. alcohol intoxication, coal gas, insecticides, barbiturates etc).
f. Kematian akibat bunuh diri.
g. Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan, prosedur penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh hospital/klinik dan sebagainya.
h. Kematian akibat kemalangan di rumahhospital/ institusi/tempat umum.
i. Kematian akibat kecuaian pegawai dan kakitangan hospital/klinik seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan, peralatan,ubat, rawatan dan sebagainya.
j. Kematian tahanan polis, tahanan re m a n, banduan di kem-kem tahanan.
k. Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.
l. Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.
m. Kematian kanak-kanak akibatan kelemasan (suffocation) nafas.
n. Kematian berkaitan anak-anak angkat.
o. Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.
p. Mati lemas.
q. Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan, dalam sungai, perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak diketahui.
r. Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid, radioaktif dan sebagainya.

ii. Kes Kematian Clinical
a. Kematian akibat penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS), AiDS, Anthraks, Japanese Encephalitis (JE) dan seumpamanya.
b. Kematian di wad yang diketahui sebabnya tetapi memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai sebab kematian.
c. Kematian ibu semasa mengandung (maternal death).

4.6 Prosedur Bedah Siasat Mayat
i. Kebenaran bagi menjalankan bedah siasat mayat
tertakluk kepada:
a. Arahan Majistret atau Polis bagi kes-kes
kematian medicolegal.
b. Arahan Ketua Pengarah Kesihatan bagi keskes
tertentu seperti penyakit berjangkit atas kepentingan umum.
c. Mendapatkan kebenaran dan keizinan bertulis dari waris bagi kes-kes bedah siasat clinical.
i. Bedah siasat ke atas mayat hanya boleh dijalankan di hospital-hospital Kerajaan atau
tempat lain yang sesuai (Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah).
ii. Bedah siasat mayat hanya boleh dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sahaja.

4.7 Proses Bedah Siasat Mayat
i. Pemeriksaan luaran Menjalankan pemeriksaan luaran untuk mendokumentasi kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaan akan membuat pemeriksaan terperinci ke atas mayat antaranya pakaian simati, keadaan mayat secara keseluru h a n ,perubahan - p erubahan luaran yang berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan. Sekiranya sebab kematian dapat dikenalpasti, maka pembedahan mayat tidak lagi perlu dilaksanakan.

ii. Pemeriksaan dalaman Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian, maka pemeriksaan dalaman perlu dijalankan.Ini termasuklah membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvis dan lain-lain bila mana perlu.


iii. Pengambilan spesimen iaitu mengambil cecair badan untuk analisi toksikologi dan lain-lain ujian seperti pemeriksaan radiologi, kaji kuman, kajian tisu dan fotografi Forensik.

5 . ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT ISLAM
Kaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya;

5.1 Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia
Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”


5.2 Menyegerakan urusan bedah siasat mayat
Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu telah melepaskan kejahatan dari bahumu”.(Riwayat Muslim)


5.3 Kebenaran Waris
i. Bagi kes-kes bedah siasat c l i n i c a l, Pegawai
Perubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran
daripada waris untuk melakukan bedah siasat.
ii. Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenaran
dari waris tidak diperlukan untuk melakukan bedah sisat.

5.4 Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar)
Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/
mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya
/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)

5.5 Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja
Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat pembedahan
dan mengenalpasti sebab-sebab kematian.Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu ‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya’.


5.6 Menjaga aurat mayat
Orang yang melakukan bedah siasat mayat hendaklah tidak boleh dengan sengaja melihat aurat mayat kecuali pada kadar yang diperlukan sahaja. Diriwayatkan dari Saidina Ali k.m.j., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) pahamu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Mayat seboleh-bolehnya diuruskan oleh petugas dari jantina yang sama. Kaedah ini merujuk kepada keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami (IslamicFiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut;

a. Doktor perempuan muslim pakar
b. Doktor perempuan bukan muslim pakar
c. Doktor lelaki muslim pakar
d. Doktor lelaki bukan muslim pakar Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat seperti
berikut;

a. Tidak bersendirian
b. Menahan pandangan mata
c. Menyentuh di tempat yang berkaitan
d. Menyediakan doktor pakar mengikut jantina

5.7 Menjaga rahsia mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam bedah siasat mayat hendaklah menyimpan rahsia mayat, iaitu tidak mengaibkan dan tidak mendedahkan keadaan mayat kepada pihak yang tidak berkenaan.


5.8 Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian mayat tidak boleh menghina,mencemuh atau memaki mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)

5.9 Mengambil langkah-langkah keselamatan
Pegawai dan Petugas perubatan kerajaan yang menjalankan bedah siasat mayat hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan terutamanya dalam pengendalian mayat yang berisiko terutamanya bagi kes penyakit berjangkit.

5 .1 0 M e n g u r uskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya
i. Anggota mayat yang dibedah hendaklah dijahit semula dengan kemas.

ii. Semua organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah dikembalikan kepada mayat sebelum mayat disempurna dan dikebumikan.


iii. Bagi kes yang memerlukan kajian dan penyelidikan ke atas sampel dari mana-mana anggota mayat yang memakan masa lama (disimpan bertahun-tahun dalam makmal) kerana kekurangan pakar, penyakit masih tidak dapat dikenalpasti, kekurangan alat dan sebagainya, maka jenazah hendaklah disempurna dan dikebumikan dahulu. Manakala organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah ditanam atau diserah kepada waris atau pihak bertanggungjawab.

iv. Kajian dan siasatan ke atas sampel yang diambil hendaklah dijalankan dengan segera.


5.11 Tidak mengambil tisu atau organ mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan tidak dibenarkan mengambil mana-mana tisu atau organ daripada mayat yang dibedah siasat melainkan dengan kebenaran undang-undang. (Akta Tisu Manusia 174 - Akta 130).

5.12 Orang yang dibenarkan hadir semasa bedah siasat mayat
Hanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.

6. PERANAN JABATAN / AGENSI
Jabatan / Agensi yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memastikan garis panduan ini dipatuhi. Agensi tersebut ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan
Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Agama. Bagi memastikan prosedur bedah siasat ini dilaksanakan dengan segera dan menepati kehendak syarak,
perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memberi perhatian kepada peruntukan Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah.

ii. Pihak Kementerian Kesihatan atau pihak pentadbir hospital mestilah memberi keutamaan dalam urusan bedah siasat mayat supaya urusan pengendalian jenazah tersebut dapat disempurnakan.

iii. Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang terlibat dengan bedah siasat mayat hendaklah mengawasi pelaksanaan garis panduan ini supaya dipatuhi.


7. PENUTUP
Penyediaan garis panduan ini merangkumi semua mayat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama. Mematuhi tuntutan syarak terhadap perkara-perkara yang berbangkit dari bedah siasat adalah suatu
amanah yang wajib ditunaikan terutama bedah siasat yang melibatkan mayat orang Islam. Aspek perlaksanaan bedah siasat mayat yang lebih
d i p e n g a ruhi faktor perundangan melebihi aspek klinikal perlu diberi perhatian serius bukan sahaja oleh pengamal perubatan bahkan oleh penggubal polisi. Garis panduan ini memberi makna dan implikasi yang mendalam dan boleh membantu menyelesaikan banyak masalah dalam isu bedah siasat mayat pada masa ini dan akan datang

Sumber: Laman web JAKIM

Perhatian

Info: Kepada teman-teman pengunjung, dijemput untuk melawat teratak kedua saya di http://diariungu.com