Tuesday, August 3, 2010

Tinta Pagi


Semalam sudah bubar. Hari ini menyapa dengan wajah baru. Sewaktu burung-burung bertenggek di ranting pepohon dan mendendang alunan zikir, kala daun-daun yang segar hijau terlentok-liuk dipuput angin sambil bertasbih perlahan, saya masih dipagut rindu yang padu. Tak pernah mahu berlalu.

Satu suara seolah-olah bergaung dalam kepala, meresap ke dada, "Sekali kita dipanggil 'guru', maka selamanya kita akan bergelar 'guru'..." Ya, itu suara seorang 'guru'. Suara itu makin bergema. Kali ini bagai terdengar-dengar di luar diri. "Tidak ada orang yang mengatakan, 'Itu bekas guru saya... atau 'itu bekas murid saya...' Sekali kita menjadi guru, sehingga mati kita tetap guru, dan mereka yang diberi pengajaran itu adalah murid. Tidak ada istilah 'bekas' dalam hakikat sebenarnya."

Angin sejuk berpuput lembut. Nyamannya sebuah pagi. Dan kerinduan saya kian subur. Bunga kasih turut merimbun.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum salam berpena.
Hurm.. kehidupan berpena di atas tinta memang sangat menyeronokkan. Di sini saya hendak berkata bagaimana ingin menerbitkan sebuah novel? Hati tertarik untuk menari di atas tinta. Harap persoalan ini dapat dirungkaikan. Okay selamat berjuang akhowat universiti malaya. Blog yang menarik, coretan yang begitu menarik pandangan. :)

Diari Ungu said...

Waalaikumussalam ya akhi.

Mahu menulis novel ada ilmunya. Namun demikian, saya belumlah layak untuk memperkatakan tentang bagaimana. Tapi insya-Allah, sekadar yang saya tahu, boleh rasanya dikongsi.

Azlina Ahmad said...

Teruskan menulis. Semoga berjaya.

Perhatian

Info: Kepada teman-teman pengunjung, dijemput untuk melawat teratak kedua saya di http://diariungu.com