Tuesday, July 7, 2009

Kerana 2 Cinta



Di mihrab ibadah
Hatinya bertaut cinta
Deburan jiwa setenang kali
mereguk kasih tiada bertepi
Sekalipun dibuang tersisih sendiri.

Benih cinta yang ditanam Tuhan
Di rahim sucimu
Kau tatang sabar
Dengan sulaman cinta kudus
Rahmat Tuhan merentang tulus.

“Dan goyangkanlah pohon kurma itu
Nescaya buahnya yang ranum
Akan gugur untukmu.”

“Tuhanku,
Sebelum sakit yang kurasa
Engkau kurniakan rezeki tanpa pintaku
Mengapa dalam lelah tak upaya
Kau menuntut keringat kecilku?”

Dan berbicaralah Tuhan:
“Sebelum kelahiran bayimu
Seluruh jiwa kau berikan hanya untuk-Ku
Namun kini
Ada dia dan AKU di hatimu.”


Juwairiah Bt Md Jamil
Kuala Nerang

2 comments:

Nimoiz T.Y said...

Sedap dan mneyentuh kalbu membca puisi ini. sebuah puisi bernada religius yang apabila dibaca akan terus dihantar ke hati. Salam ingatan dengan jaket PMI.

Diari Ungu said...

Begitukah saudara Nimoiz? saya masih belajar-belajar menulis sajak sebenarnya... terima kasih di atas komen membina :-)

Perhatian

Info: Kepada teman-teman pengunjung, dijemput untuk melawat teratak kedua saya di http://diariungu.com