Sebiji kek bulat
Dua warna; kuning berselang coklat
Tampak indah
Harum aroma memikat rasa.
Kek pemberian seseorang
Tanda menghargai jasa, katanya
Meskipun tiada budi yang tercurah
Kecuali setitis cuma.
Kerana sebiji kek
Buat santapan waktu pagi dan petang
Masa senggang dan lapang
Perutku kenyang
Hatiku senang.
1 April 2007,
9.15 pagi,
UMKL.
2 comments:
Erm saudari dapat idea mana ya...saudari kek marble..erm mesri ada special yang bagi sampai jadi puisi..(^^,).
Adalah...idea boleh diperolehi dgn pelbagai cara (^^,)
Post a Comment