Friday, March 6, 2009

Belasungkawa Atas Pemergian Zubir Ali


“KUALA LUMPUR 6 Mac – Pencipta lagu-lagu puisi, Zubir Ali meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Damansara, Petaling Jaya akibat serangan jantung. – Utusan”

Ya Tuhanku! Membaca keratan akhbar itu sudah mulai melunturkan semangatku untuk terus menjejakkan kaki ke kelas puisi seterusnya tanpa beliau di hadapan mata. Guruku yang bercakap tentang kemanusiaan, sering mengungkapkan madah-madah falsafah, menyuntik semangat berpuisi dengan menceritakan kejayaan kepenyairan penyair-penyair agung, dia yang sering menggalakkan, malah jitu kesabarannya ketika mengajar tidak pernah termuntah amarah.

Guruku. Pemergianmu hanya meninggalkan sejuring wasiat kepenyairan untuk kami renungi, hayati dan aplikasi, meski engkau mengajar kami dalam tempoh waktu yang sekejap (2 bulan), tetapi kesannya pada jiwaku tertembus ke dasar paling dalam. Entah di mana lagi akan kucari guru sepersismu. Patah tumbuh, pasti hilangnya berganti. Namun ganti seorang guru di tempatmu pasti tidakkan serupa; ada kurang lebihnya di sana-sini.

Sungguh. Semangat ini kian sirna. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Meski aku reda, pasrah dan rela di atas pemergianmu, tetapi seperti patah batu hatiku ini lantaran menjadi ‘murid yang belajar separuh jalan.’

Takziah buat keluarga Allahyarham Guruku-Zubir Ali. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beriman. Al-Fatihah.

3 comments:

~ WAIRA~ said...

Slm takziah...

Kehidupan ini makin singkat
Kematian itu makin dekat
Muhasabah buat kita
Yang masih memiliki
Secebis sisa hidup

Al-Fatihah..

hamba said...

salam..
anda beruntung dapat menimpa ilmu daripada sosok insan spt ini.. saya hanya dari jauh.. Al Fatihah

dr_w said...

sukar mencari insan sperti allahyarham zubir ali...

dngn ltr blakang pngajian islam dan kemudiaannya aktif menyanyikan lagu2 puisi..

puisi ketuhanan,puisi kemanusiaan.....dll

kpd smua anak murid allhyarham,teruskan perjuangan beliau....

nyanyikan lagu2 puisi.....

Perhatian

Info: Kepada teman-teman pengunjung, dijemput untuk melawat teratak kedua saya di http://diariungu.com