Sunday, February 22, 2009

Bakal diterbitkan..........



Setiap orang punya impian. Maka impian saya sejak sekian lama adalah mahu menjadi seorang penulis punya wibawa, di samping menerbitkan sebuah buku hasil karya sendiri. Tetapi untuk merealisasikan sebuah impi bukanlah ibarat meneguk minuman sekaligus menghilang rasa dahaga. Impian bukanlah angan-angan. Ada usaha harus dituang. Ada keringat perlu diperah. Ada duri terpaksa dipijak. Dengan kata lain, bukan mudah untuk menerbitkan sebuah buku yang dikategorikan sebagai berkualiti.

Makanya, penerbitan buku yang saya idamkan masih hanya sebuah impian-yang bakal saya kota sedaya mungkin. Buat masa ini, saya masih berusaha mengumpul segenap tenaga untuk melahirkan karya-karya berkualiti. Hingga pada saat ini, 5 cerpen dan 2 puisi saya berjaya mendapat tempat di akhbar tempatan mahupun majalah. Ini bermakna, masih banyak takah-takah yang perlu saya lintasi demi merealisasi sebuah impi.

Lakaran ini dihasilkan buat menaikkan alun semangat, agar impian saya terus mekar berjambangan di taman hati...

1 comment:

Puteri Abah said...

Slm...

Alfun Mabruk buat nti. Teruskan meredah selekoh-selekoh tajam dan merempuh persimpangan-persimpangan suram lagi kelam. Andai lelah di perjalanan, singgahlah di perhentian tafakur..tahajud..tadabbur..kelak akan ada embun kehambaan yang menitis satu persatu lantas melenyapkan lelah..menghentikan keluhan..dan menerikkan sinar matlamat yang akan membakar semangat daya juangmu...

Teruskan perjuangan =)
Istiqomah di jalan-NYA.

"SUCCESS DOESN'T COME 2 U...U GO 2 IT."

Perhatian

Info: Kepada teman-teman pengunjung, dijemput untuk melawat teratak kedua saya di http://diariungu.com