Di tangga manakah
Martabat diriku bersimpuh
Kala lalat yang hurung berdengung
Di jelik kotoran sampah
Melafaz zikir cinta
Sedang aku hanyut di samudera alpa?
Martabat apakah
Selayaknya untukku
Bila berenga-berenga itu
Bertasbih memuji
Di dada-dada longkang yang tengik
Sedang aku terkinja-kinja
Di daerah simfoni leka?
Apa dan di mana
Tiada daya untuk kucerna
Sekadar merasa
Lalat dan berenga-berenga itu
Meski tapak hidupnya bergelumang jijik
Lebih hina letak diriku
Daripada muntah hijau meloyakan!
21 Julai 2008,
12.21 a.m.,
Kuala Nerang.
2 comments:
asalamualikum...ksempatan buka la blog hamba,,,,
kenapa ada tanda soal kat hujung baris?
Post a Comment