Thursday, May 31, 2007

Keputusan Kes Azlina Jailani

PUTRAJAYA, 30 Mei 2007- Mahkamah Persekutuan pada hari ini telah memutuskan kes Kes Azlina Jailani pada pagi tadi jam 10:30 pagi di Putrajaya. Penghakiman disampaikan oleh Tun Fairuz, Dato' Richard Malanjum dan Dato' Allaudin.

Berikut ini penghakiman yang telah dijalankan sebentar tadi:

Hakim Tun Fairus:

Mahkamah Syariah ada kuasa tentukan sama ada seseorang boleh murtad atau tidak.Mahkamah boleh kenakan syarat untuk murtad. Tun Fairus menyimpulkan bahawa artikel 11 tidak membenarkan Azlina Jailani untuk menukar agama sesuka hati. Azlina Jailani hanya boleh murtad mengikut undang-undang Syariah.

Tun Fairus menolak permohonan Azlina Jailani.

Hakim Datuk Richard Malanjun:

Perlembagaan Persekutuan adalah supreme. Permohonan untuk menukar status agama kepada Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Richard mengambil pandangan untuk tidak bersetuju dengan pandangan Tun Fairus.

Hakim Datuk Alauddin:

Bersetuju terhadap alasan yang dikemukakan oleh Hakim Tun Fairus


Keputusan Penuh Penghakiman:

Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

No comments:

Perhatian

Info: Kepada teman-teman pengunjung, dijemput untuk melawat teratak kedua saya di http://diariungu.com